Tuesday, February 23, 2010

~HMT 329 ANALISIS KOTRASTIF : LAPORAN PERJALANAN

~ JALAN - JALAN~
Laporan ini ditulis untuk memperlihatkan aspek - aspek penggunaan bahasa pada nama iklan, papan tanda, nama tempat dan sebagainya. Pada 12 Februari yang lepas, semua kaum kerabat HMT 329 telah memulakan perjalanan seawal 7.00 pagi. Berkumpul dahulu di Stadium USM, kemudian bergerak secara berkumpulan menyusuri jalan Bukit Gambir menuju ke arah Bukit Jambul. Tidak dilupakan Dr. Radiah sebagai ketua rombongan 'Che Kiah' kami yang sangat membantu dan sangat cepat berjalan.. huhu.. Tujuannya adalah satu, untuk meneliti penggunaan bahasa tidak kira pada nama jalan, papan tanda, iklan, nama kedai, dan sebagainya di sepanjang perjalanan kami ini.

Sebenarnya, terdapat beberapa garis panduan yang mesti diikuti seperti 'Garis Panduan Penentuan Nama Geografi' dalam menamakan nama jalan, papan tanda, iklan, nama kedai dan sebagainya yang telah ditetapkan oleh semua Majlis Perbandaran. Antara contoh syarat dalam menamakan taman adalah i) nama taman hendaklah menggunakan Bahasa Melayu ii)nama taman juga hendaklah mempunyai identiti kepada Malaysia iii) nama yang dicadangkan perlulah mempunyai alasan/sebab ia dicadangkan. Jadi, disini saya akan membincangkan aspek - aspek penggunaan bahasa pada nama jalan, papan tanda, iklan, nama kedai dan sebagainya.

Contoh pertama :
Papan iklan 'Broadband No. 1 Malaysia'
Sebenarnya, pencampuran bahasa pada nama jalan, papan tanda, iklan, nama kedai adalah tidak digalakkan. Tetapi, mengapakah pencampuran bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada papan iklan tersebut dapat diterima? Mengapakah tidak digunakan bahasa Melayu 100% pada papan iklan tersebut? Perkataan broadband adalah bermakna jalur lebar. Sepatutnya, papan iklan tersebut berbentuk begini. 'Jalur Lebar No. 1 Malaysia'. Mungkin bagi syarikat jalur lebar tersebut, penggunaan 'broadband' adalah bersifat 'komersial' atau mempunyai nilai pasaran selain menjimatkan. Selain itu, mungkin bagi syarikat tersebut penggunaan 'broadband' akan memudahkan kefahaman pembaca iklan berbanding penggunaan jalur lebar.


Contoh kedua :
Papan iklan 'Show House Sentral Greens'
Saya akan mengkaji papan iklan contoh ini dari aspek penggunaan bahasa serta aspek penggunaan warna iklan itu sendiri. Mengapakah papan iklan ini menggunakan bahasa Inggeris 100%? Sebenarnya, penggunaan bahasa juga digunakan untuk melambangkan status ekonomi. Penggunaan bahasa Inggeris pada papan iklan rumah contoh Sentral Greens ini bertujuan untuk menarik pelanggan daripada golongan atasan. Penggunaan bahasa Inggeris pada papan iklan mereka juga menunjukkan kawasan perumahan tersebut bukanlah kawasan perumahan murah. Dapat kita lihat penggunaan warna papan iklan ini. Syarikat - syarikat yang meggunakan papan iklan perlulah megikuti syarat - syarat penggunaan warna. Latar papan iklan hendaklah menggunakan warna - warna cerah sperti kuning dan putih. Hal ini kerana, penggunaan warna yang cerah dapat menarik perhatian para pelanggan serta mudah dikesan.

Contoh ketiga :
Nama kedai'Kedai Ubat Teong Hwa'
Antara salah satu tempat yang sempat kami lawati adalah Pasar Lip Sin. Pasar ini meruapakan satu pasar yang terdapat di kawasan perumahan orang - orang Cina. Jadi, tidak hairanlah pasar ini dinamakan Pasar Lip Sin serta didominasi oleh masyarakat Cina.Walaupun begitu, ada juga masyarakat lain yang singgah di Pasar Lip Sin yang menjual barangan harian seperti barang makanan basah dan kering, serta perkakas rumah. Tidak hairan apabila melihat orang - orang Melayu juga ke pasar ini. Tetapi, yang menarik perhatian saya adalah papan - papan iklan yang dipasang oleh peniaga - peniaga disini. Mereka akan menggunakan sekurang - kurangnya 3 jenis bahasa berlainan untuk papan iklan mereka. Contohnya, 'Kedai Ubat Teong Hwa' menggunakan bahasa Melayu, bahasa Cina, dan bahasa Inggeris pada papan iklannya. Walaupun peniaga ini berbangsa Cina, tetapi para pelanggannya bukan dalam kalangan orang Cina sahaja malah masyarakat lain. Ada juga sesetengah penguasaha pasar ini menggunakan bahasa Cina 100%, kerana mereka menjual barangan untuk orang Cina ataupun menjual barang yang tidak halal bagi orang Melayu misalnya. Mereka tidak perlu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa tambahan kerana tidak perlu menarik perhatian pelanggan yang tidak akan membeli barangan mereka.

Kesimpulannya, perjalanan kumpulan kami ini dapat membantu melihat fenomena penggunaan bahasa pada nama jalan, papan tanda, iklan, nama kedai dan sebagainya. Selalunya, kita jarang menitik beratkan perkara ini dalam kehidupan harian dan hanya melihat papan - papan tanda sepintas lalu walhal terdapat pelbagai kesalahan bahasa yang digunakan pada ikalan tersebut. Jadi, sebagai pelajar yang mengambil kursus Analisis Kontrastif Bahasa bahasa di Malaysia, kita seharusnya memandang berat akan isu ini untuk membantu memartabatkan bahasa kebangsaan kita.


0 comments:

Post a Comment

 

Free Blog Templates

Blog Tricks

Easy Blog Tricks

Great Morning ©  Copyright by Cik Ida Comey | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks