Friday, March 5, 2010

BARANG DAGANGAN DI PASAR LIP SIN


SEJARAH PASAR LIP SIN
PASAR TAMAN LIP SIN BARU MERUPAKAN PASAR HARIAN YANG DIBINA BERDEKATAN DENGAN PERUMAHAN KOS RENDAH TAMAN LIP SIN. PASAR TAMAN LIP SIN INI DIBINA ATAS PERMINTAAN PENDUDUK SETEMPAT KERANA KESUKARAN MEREKA BAGI MENDAPATKAN BEKALAN DI PASAR TAMAN LIP SIN YANG LAMA. PROJEK MENAIKTARAF PASAR TAMAN LIP SIN INI MENGAMBIL MASA KIRA-KIRA BEBERAPA BULAN DAN IA KINI MAMPU MENAMPUNG KEPERLUAN PENDUDUK SETEMPAT DAN PENGUNJUNG UNTUK MEMPEROLEH KEPERLUAN MASING-MASING.
KERAJAAN NEGERI MENGAMBIL INISIATIF DAN MEMAINKAN PERANAN TERHADAP PERMINTAAN PENDUDUK SETEMPAT DENGAN MEMBINA PASAR TERSEBUT. KERAJAAN NEGERI SEMEMANGNYA MEMAINKAN PERANAN PENTING SEBAGAI PIHAK PENGANTARA BAGI MEMBANTU MEMULIHKAN PROJEK-PROJEK BERMASALAH, TERBENGKALAI ATAU KEKURANGAN INFRAKSTRUTUR.
DENGAN KELUASAN YANG BESAR DAN KEPELBAGAIAN BARANGAN YANG DIJUAL, PASAR INI DIDAPATI MAMPU MENJADI SALAH SATU TAPAK KUNJUNGAN PELANCONG DARI DALAM DAN LUAR NEGARA. SETELAH BEROPERASI BEBERAPA TAHUN, PASAR TAMAN LIP SIN INI TELAH MEMBUKTIKAN MAMPU MENJADI TUMPUAN PARA PENGUNJUNG DISAMPING MENJADI MEDAN BAGI PENDUDUK SETEMPAT UNTUK MEMBINA EKONOMI KENDIRI DENGAN MENJADI PENIAGA BARANGAN DI PASAR BERKENAAN.

KEDUDUKAN PASAR LIP SIN


JETTY-PASAR LIP SIN


PERJALANAN KE PASAR LIP SIN DARI JETTY
1.TENGGARA KEPALA PADA GAT LEBUH MACALLUM TERHADAP LINTANG MACALLUM 1 22M
2. MEMBUAT SATU PUSINGAN U DI LINTANG MACALLUM 1 0.2KM
3. KECIL DIBIARKAN UNTUK MENGGABUNGKAN KE ATAS PENGKALAN WELD 0.8KM
4. MENERUSKAN KE ATAS LEBUHRAYA JELUTONG 4.5KM
5. MENGAMBIL JALAN UNTUK KE SULTAN JALAN AZLAN SHAH 0.3KM
6. SEBELAH KIRI UNTUK MENYAMBUNG KE ARAH JALAN SULTAN AZLAN SHAH 0.7KM
7. SEBELAH KANAN UNTUK MENYAMBUNG KE ARAH JALAN SULTAN AZLAN SHAH 0.4KM
8. SEBELAH KIRI UNTUK MENYAMBUNG KE ARAH JALAN SULTAN AZLAN SHAH
DAN MENGGABUNGKAN KE ATAS SULTAN JALAN AZLAN SHAH 1.8KM
9. TERUS KE PADA SULTAN JALAN AZLAN SHAH 0.4KM
10. BELOK KANAN PADA MELINTAS JALAN KEDUA KE ATAS JALAN SUNGAI DUA 0.5KM
11. BELOK KE KIRI DI LENGKOK NIPAH 0.3KM
12. MENGAMBIL SEBELAH KANAN KEDUA 66M
13. BELOK KANAN 20M

JAMBATAN PULAU PINANG-PASAR LIP SIN


PERJALANAN KE PASAR LIP SIN DARI JAMBATAN PULAU PINANG, MALAYSIA
1. PERGI KE TIMUR PADA JAMBATAN PULAU PINANG - 5.3 KM
2. KELUAR KE ATAS JALAN PERUSAHAAN - 0.6 KM
3. MENGAMBIL TANJAKAN KE ATAS JAMBATAN PULAU PINANG - 10.0 KM
4. MENGAMBIL PINTU KELUAR TERHADAP LEBUHRAYA BAYAN LEPAS - 0.5 KM
5. SEBELAH KIRI UNTUK MENYAMBUNG KE ARAH LEBUHRAYA BAYAN LEPAS DAN MENGGABUNGKAN KE ATAS LEBUHRAYA BAYAN LEPAS - 2.6 KM
6. MENGAMBIL TANJAKAN KE ATAS LEBUHRAYA SUNGAI NIBONG - 1.6 KM
7. DI BULATAN TUN DR AWANG, MENGAMBIL PINTU KELUAR KEDUA KE ATAS JALAN TUN DR AWANG - 1.8KM
8. SEBELAH KANAN KECIL DI JALAN DATO ISMAIL HASHIM - 1.2 KM
9. BELOK KANAN DI JALAN SUNGAI ARA 1 - 0.1 KM
10. MENGAMBIL SEBELAH KIRI KETIGA KE ATAS TINGKAT SUNGAI ARA 1 DESTINATION AKAN MENJADI PADA SEBELAH KIRI - 0.2 KM



BAYAN LEPAS-PASAR LIP SIN


PERJALANAN KE PASAR LIP SIN DARI BAYAN LEPAS,PENANG
1. BARAT DAYA KEPALA TERHADAP JAWA LEBUHRAYA KAMPUNG - 40 M
2. BELOK KANAN DI JAWA LEBUHRAYA KAMPUNG - 36 M
3. BELOK KE KIRI DI SULTAN JALAN AZLAN SHAH - 0.3 KM
4. MENGAMBIL SEBELAH KANAN PERTAMA DI JALAN TENGAH - 1.3 KM
5. MENERUSKAN PERLANAN PADA JALAN DATO ISMAIL HASHIM - 0.6 KM
6. BELOK KANAN TINGGAL DI JALAN DATO ISMAIL HASHIM - 0.1 KM
7. MENGAMBIL SEBELAH KIRI PERTAMA DI JALAN SUNGAI ARA 1 - 0.1 KM
8. MENGAMBIL SEBELAH KIRI KETIGA PADA TINGKAT SUNGAI ARA 1 DESTINATION AKAN BERADA PADA SEBELAH KIRI - 0.2 KM

MENARIK TENTANG PASAR LIP SIN
ONE STOP CENTRE
-PASAR LIP SIN-
PASAR LIP SIN SUDAH PASTI TIDAK AKAN MENGECEWAKAN ANDA.,
BAGAIMANA ???
PASAR LIP SIN MENYEDIAKAN PELBAGAI BARANGAN KEPERLUAN SEPERTI PAKAIAN, UBAT-UBATAN, PERIUK BELANGA, TELEFON BIMBIT DAN SEBAGAINYA.
KELEBIHAN PASAR LIP SIM:
1. TERDAPAT BARANG-BARANG YANG BERKUALITI DAN DIJUAL DENGAN HARGA BERPATUTAN.
2. MENJIMATKAN MASA DAN TENAGA ANDA TANPA PERLU BERJALAN ATAU BERGERAK JAUH KE PASAR-PASAR LAIN KERANA SEGALANYA ADA DI SINI.
3. PENIAGA-PENIAGA YANG MESRA, RAMAH DAN BAIK HATI MENANTI ANDA DI PASAR LIP SIN.
4. PASAR LIP SIN MENYEDIAKAN PAPAN TANDA YANG MEMUDAHKAN ANDA MENCARI BARANGAN YANG DIPERLUKAN DENGAN MENGGUNAKAN SEKURANG – KURANGNYA 3 BAHASA IAITU BAHASA MELAYU, CINA, DAN INGGERIS.
5. PENIAGA MELAYU TURUT BERNIAGA DISINI DAN MENJUAL BARANGAN HALAL.
6. MENERIMA KUNJUNGAN PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT.
7. KUIH ATAU MAKANAN TRADISI KETIKA SESUATU PERAYAAN TIBA MUDAH DIDAPATI. CONTOHNYA, KUIH BAKUL DAN PAU (SEMASA PERAYAAN TAHUN BARU CINA)
KESIMPULANNYA SEMUA BARANGAN YANG ANDA PERLUKAN SEHARI-HARI BOLEH DIDAPATI DI SINI. PENDEK KATA “MACAM-MACAM ADA!!!”
JIMAT TENAGA, JIMAT MASA DAN JIMAT WANG
PENGINAPAN :
PENGINAPAN :
PERLUKAN TEMPAT TINGGAL YANG BERHAMPIRAN ???
“DAFTAR-MASUK” SAHAJA DI HOTEL – HOTEL INI


HOTEL SERI MALAYSIA
NO. 7 JALAN MAYANG PASIR 2
BANDAR BAYAN BARU,
11900, PULAU PINANG.
PULAU PINANG.
2.3 KM DARI PASAR LIP SIN



HOTEL EQUATORIAL
NO. 1, JALAN BUKIT JAMBUL,
BAYAN LEPAS,
11900, PULAU PINANG.
1.3 KM DARI PASAR LIP SIN
BUKAN ITU SAHAJA!!!!!
KEMUDAHAN LAIN JUGA ADA SEPERTI TEMPAT LETAK KERETA YANG LUAS, PERHENTIAN BAS ATAU TEKSI YANG BERHAMPIRAN, DAN TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN YANG BERDEKATAN.




NAMA AHLI KUMPULAN:

KAMARIAH BINTI RAZALI
SHAHAIDA BINTI SHAHARAL
ERHAN BIN JUMATIL
NOR DIYANA BINTI ZAINON
HALIMATUN SAADIAH BINTI KHALID
FARAH SHAHIDA BINTI OTHMAN Read more " ..."

Tuesday, February 23, 2010

~HMT 329 ANALISIS KOTRASTIF : LAPORAN PERJALANAN

~ JALAN - JALAN~
Laporan ini ditulis untuk memperlihatkan aspek - aspek penggunaan bahasa pada nama iklan, papan tanda, nama tempat dan sebagainya. Pada 12 Februari yang lepas, semua kaum kerabat HMT 329 telah memulakan perjalanan seawal 7.00 pagi. Berkumpul dahulu di Stadium USM, kemudian bergerak secara berkumpulan menyusuri jalan Bukit Gambir menuju ke arah Bukit Jambul. Tidak dilupakan Dr. Radiah sebagai ketua rombongan 'Che Kiah' kami yang sangat membantu dan sangat cepat berjalan.. huhu.. Tujuannya adalah satu, untuk meneliti penggunaan bahasa tidak kira pada nama jalan, papan tanda, iklan, nama kedai, dan sebagainya di sepanjang perjalanan kami ini.

Sebenarnya, terdapat beberapa garis panduan yang mesti diikuti seperti 'Garis Panduan Penentuan Nama Geografi' dalam menamakan nama jalan, papan tanda, iklan, nama kedai dan sebagainya yang telah ditetapkan oleh semua Majlis Perbandaran. Antara contoh syarat dalam menamakan taman adalah i) nama taman hendaklah menggunakan Bahasa Melayu ii)nama taman juga hendaklah mempunyai identiti kepada Malaysia iii) nama yang dicadangkan perlulah mempunyai alasan/sebab ia dicadangkan. Jadi, disini saya akan membincangkan aspek - aspek penggunaan bahasa pada nama jalan, papan tanda, iklan, nama kedai dan sebagainya.

Contoh pertama :
Papan iklan 'Broadband No. 1 Malaysia'
Sebenarnya, pencampuran bahasa pada nama jalan, papan tanda, iklan, nama kedai adalah tidak digalakkan. Tetapi, mengapakah pencampuran bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada papan iklan tersebut dapat diterima? Mengapakah tidak digunakan bahasa Melayu 100% pada papan iklan tersebut? Perkataan broadband adalah bermakna jalur lebar. Sepatutnya, papan iklan tersebut berbentuk begini. 'Jalur Lebar No. 1 Malaysia'. Mungkin bagi syarikat jalur lebar tersebut, penggunaan 'broadband' adalah bersifat 'komersial' atau mempunyai nilai pasaran selain menjimatkan. Selain itu, mungkin bagi syarikat tersebut penggunaan 'broadband' akan memudahkan kefahaman pembaca iklan berbanding penggunaan jalur lebar.


Contoh kedua :
Papan iklan 'Show House Sentral Greens'
Saya akan mengkaji papan iklan contoh ini dari aspek penggunaan bahasa serta aspek penggunaan warna iklan itu sendiri. Mengapakah papan iklan ini menggunakan bahasa Inggeris 100%? Sebenarnya, penggunaan bahasa juga digunakan untuk melambangkan status ekonomi. Penggunaan bahasa Inggeris pada papan iklan rumah contoh Sentral Greens ini bertujuan untuk menarik pelanggan daripada golongan atasan. Penggunaan bahasa Inggeris pada papan iklan mereka juga menunjukkan kawasan perumahan tersebut bukanlah kawasan perumahan murah. Dapat kita lihat penggunaan warna papan iklan ini. Syarikat - syarikat yang meggunakan papan iklan perlulah megikuti syarat - syarat penggunaan warna. Latar papan iklan hendaklah menggunakan warna - warna cerah sperti kuning dan putih. Hal ini kerana, penggunaan warna yang cerah dapat menarik perhatian para pelanggan serta mudah dikesan.

Contoh ketiga :
Nama kedai'Kedai Ubat Teong Hwa'
Antara salah satu tempat yang sempat kami lawati adalah Pasar Lip Sin. Pasar ini meruapakan satu pasar yang terdapat di kawasan perumahan orang - orang Cina. Jadi, tidak hairanlah pasar ini dinamakan Pasar Lip Sin serta didominasi oleh masyarakat Cina.Walaupun begitu, ada juga masyarakat lain yang singgah di Pasar Lip Sin yang menjual barangan harian seperti barang makanan basah dan kering, serta perkakas rumah. Tidak hairan apabila melihat orang - orang Melayu juga ke pasar ini. Tetapi, yang menarik perhatian saya adalah papan - papan iklan yang dipasang oleh peniaga - peniaga disini. Mereka akan menggunakan sekurang - kurangnya 3 jenis bahasa berlainan untuk papan iklan mereka. Contohnya, 'Kedai Ubat Teong Hwa' menggunakan bahasa Melayu, bahasa Cina, dan bahasa Inggeris pada papan iklannya. Walaupun peniaga ini berbangsa Cina, tetapi para pelanggannya bukan dalam kalangan orang Cina sahaja malah masyarakat lain. Ada juga sesetengah penguasaha pasar ini menggunakan bahasa Cina 100%, kerana mereka menjual barangan untuk orang Cina ataupun menjual barang yang tidak halal bagi orang Melayu misalnya. Mereka tidak perlu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa tambahan kerana tidak perlu menarik perhatian pelanggan yang tidak akan membeli barangan mereka.

Kesimpulannya, perjalanan kumpulan kami ini dapat membantu melihat fenomena penggunaan bahasa pada nama jalan, papan tanda, iklan, nama kedai dan sebagainya. Selalunya, kita jarang menitik beratkan perkara ini dalam kehidupan harian dan hanya melihat papan - papan tanda sepintas lalu walhal terdapat pelbagai kesalahan bahasa yang digunakan pada ikalan tersebut. Jadi, sebagai pelajar yang mengambil kursus Analisis Kontrastif Bahasa bahasa di Malaysia, kita seharusnya memandang berat akan isu ini untuk membantu memartabatkan bahasa kebangsaan kita.


Read more "~HMT 329 ANALISIS KOTRASTIF : LAPORAN PERJALANAN..."

Wednesday, January 27, 2010

Selamat Datang Ke Laman Rasmi Analisis Kontrastif Bahasa-Bahasa Di Malaysia

Selamat Datang ke laman rasmi bagi subjek Analisis Kontrastif Bahasa-Bahasa Di Malaysia. Kami menyediakan ruangan untuk para pelajar terutamanya dari Universiti Sains Malaysia yang disayangi untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai subjek ini, dan di harapkan segala komen-komen membina dapat diberikan bagi menambahbaik blog ini. Sekian terima kasih Read more "Selamat Datang Ke Laman Rasmi Analisis Kontrastif Bahasa-Bahasa Di Malaysia..."
 

Free Blog Templates

Powered By Blogger

Blog Tricks

Powered By Blogger

Easy Blog Tricks

Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by Cik Ida Comey | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks